Monday, July 27, 2009

Cuba try test...

Lama dah tak menjenguk ke sini, bukan setakat habuk, bersawang dah pun! Blame it to FB...hahaha...

Ni nak try, kalau jadi lain kali buat mcm ni je :) . Suatu minggu yang dulu, aku balik JB, nak tahu apa kisahnya, try klik kat SINI.




.

Friday, July 03, 2009

hari berpoya-poya

Setelah setahun bekerja, rasanya patut la 'mempoya-poya'kan diri, maklum la dah penat bekerja. (heheh...padahal selama nih pun berpoaya-poya gak). So, macam biasala sessi merendamkan diri dan makan-makan. (tang makan tu yang palinmg wajib sekali ;p)


Best...best..kolam tak ramai orang, seronok la nak berendam ke, kuak lentang ke, mengilai ke...hahahah...


My personal trainer, aku belajar berenang dengan akak ni. Selama hidup ni, aku ingat aku takleh nak at least mengapungkan badan, rupanya boleh berenang juga, tq kak!


Suka sangat dengan gambar ni, walau pun nampak bulat, tapi comel...muahhahah...



Baru pandai berenang katak je... ni nak kena praktis lagi.


Model kolam renang...hahahah...


Lunch semalam western jek, senang nak sediakan, ada ayam panggang, whipped potato dan salad.


Rasa putih lepas berendam....sampai kecut-kecit jari dibuatnya.



.

Monday, June 29, 2009

Happy 7th Anniversary to us...err..belated...

Walau pun 15hb Jun dah lama berlalu, tak kira nak gak upload gambar dan buat entry pasal anniversary tahun ni. Sekurang-kurangnya adalah memori yang boleh dikenang-kenang lepas ni. 15hb tu, Hubby ambil cuti, tak pergi mana pun jalan-jalan pergi Ikea, berdua je Nurin hantar pergi sekolah. Kalau pergi Ikea dengan Nurin, cepat je dia bising kepenatan, tak sempat nak berangan lebih-lebih. Yup...aku suka berangan kalau pergi Ikea...hehehe...nak beli tak mampu lagi, so berangan je la dulu, bukan kena bayar pun kan?

Dua kali kitaorang makan, sekali kat Kluang Station, lama tak makan kat sini, teringan chicken chop dia yang ada kuah melimpah-limpah...sedap! dan sekali lagi kat Carl's Junior...mak aiii!! besar betul burger dia. Ingat nak pergi tenguk wayang, tak sempat sebab sedar-sedar dah petang.

Walau pun dah dapat hadiah anniversary sebulan 3 minggu lebih awal ingat dapat la lagi dari Hubby...hhmm...takpun! Takpe la... hadiah yang dapat tu pun, itu lah the best gift ever that i recieved in my entire life..walau pun hadiah tu dibeli berkongsi bersama, tapi puas hati la bila dah dapat. Thanks Honey! Agak-agak lepas baca ni, kalau nak kasi hadiah bila-bila masa pun...sentiasa dialu-alukan.

Gambar-gambar kat bawah ni, bukan gambar masa sanding 7 tahun yang lalu. Gambar ni di ambil di Atikah Studio, JB masa hari raya cina awal tahun ni. Dulu-dulu tak ambil gambar kat studio, gambar sanding pun adik je yang ambil. So, ni kira renew gambar sanding la ni :)





Cik Kak Nurin Salma jadi flower girl. Dari atas kepala sampai la ke kasut, semua dia yang pilih sendiri. Sekali-sekali melawa, habis tenyeh semua eye shadow, blusher dan lipstick.

Doa kami, semoga perkahwinan ini kekal hingga ke syurga, disulami kasih sayang dan hormat-menghormati dan tangungjawab di antara satu sama, juga dikurniakan zuriat yang sihat dan soleh serta solehah, aminnn.

Thursday, June 04, 2009

Anniversary dan acara makan-makan di hujung minggu

Malas nak cerita panjang lebar, entry ni pun dah tertunda banyak kali, so layan gambar je la yek?!!....


3hb Jun tahun ni, genap ulangtahun perkahwinan mak dan abah 32 tahun. Alhamdulillah, panjang umur, jodoh dan murah rezeki sampai juga hingga ke hari ini. Macam biasa la, mak dengan abah datang sini melawat cucu-cucu tercinta. Melampau sungguh ek, patutnya anak-anak dan cucu-cucu yang balik kampung! Kek tu sponsored by Jon. Berry's memang tak lokek buah-buah yang ada kat atas kek tu, sedap!


Hahaha...kitaorang punya lama lagi, tapi saje la nak menyibuk, termasuk la cik kak yang kat tengah tu ;p


Biasa la kan, mesti la ada acara makan-makan punya. Malam tu masak simple je, nasi putih, pucuk ubi rebus cicah air asam, ikan tenggiri goreng, ayam tandori, hati lembu masak rawon, sayur campur dan tomato tumis cili.


....................................................

Saje la nak share infotentang tempat-tempat makan yang kitaorang pergi baru-baru ni. Semua ni tak le pergi dalam hujung minggu yang sama, cuma aku compile sementelah takde masa nak update kat sini.



IRC atau Island Red Cafe ni dekat jek dengan rumah, kat Taman Equine sebelah Jusco. Kebanyakan serve western, so sape suka western boleh la try makan kat sini.


Sedap gak air ni, jus apple dengan asam boi.


Aku makan kambing panggang. Black pepper souce tu sedap, tapi mint souce tu macam manis sket.


Hubby pulak makan ayam panggang. Keseluruhan pada aku ok la. Orang pun ramai, boleh makan kat dalam atau pun kat luar restoran.



Restoran Silver Pot ni menyediakan steamboat dan ni pengusaha dia Chinese Muslim, nama dia En Johan. Kitaorang tahu pasal restoran ni bila baca sunday paper 3 minggu lepas kalau tak silap. So, the next weekend tu melilau la kitaorang kat TTDI (KL) cari restoran ni. Tak rancang nak pergi, sebab tu tak prepare alamat, kira main redah je la ni.


Pandai Nurin guna chopstick. Aku akalu dah lapo senang pakai sudu je, tak pun pakai tangan :D


Set yang kitaorang ambil ni untuk 2 orang, cuma kitaorang tambah la sikit...mee sepinggan, fishball dan sayur, so cukup la untuk makan 3 orang. Sup dia sama ada sup biasa atau pun tomyam dan sambal pun 2 jenis. Siapa yang suka makan sup memang best tempat ni. Harga pun berpatutan.


Masa ni sebenarnya kitaorang nak cari chinese muslim restoran kat area Taipan USJ, tapinya terjumpa pulak Geylang Kopitiam. Nampak macam best, apa kata kita cuba dan memang la tidak menghampakan. Siapa-siapa yang terkenang-kenang/rindu makanan Johor atau Singapura boleh la cari kat sini. Soto dia memang best dengan kuah soto yang pekat, ada lontong, kacang pool dan macam-macam lagi la, senang cerita korang try la sendiri.


Aku makan soto ayam, Nurin makan nasi ayam penyet, hubby makan kacang pool dan tauhu telur kicap.


Ini la dia rupa tauhu telur kicapnya. Tauhu digoreng dan dimakan dengan sambal kicap....sangaaaaatttt la sedap! Sambal dia tu yang paling best, ala-ala sambal kicap tapi tak pedas.


Lepas makan, boleh la lepak-lepak, longgarkan mana-mana yang patut setelah sengkak perut kekenyangan! :D




.

Wednesday, May 20, 2009

Anda rasa 'hebat' hari ni?

Setiap kali aku chatting dengan Xura, mesti dia tanya "ko rasa hebat hari ni?". Memula tu aku rasa, bagus betul kawan aku ni, dah pandai guna positive words dan affirmation. Memula tu aku tak rasa apa-apa pun, cuma aku rasa bagus la kalau dia dah dapat perasaan/diri/sikap untuk jadi hebat. Tapi, bila setiap kali chatting dia tanya....alamak! Kalau aku tak rasa hebat, macam tak best la, macam tak syok gitu. So, aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kat Xura yang sentiasa mengingatkan aku untuk jadi HEBAT!

So, apa yang aku nak cerita sebenarnya ialah, SEMALAM MEMANG HEBAT! :) . Apa tak nya, urusan di ofis dipermudahkan Allah (sebab selalunya urusan tu susah nak selesai), lepas tu pergi appoinment and closed the deal and bonus of the day, hadiah anniversary dah sampai...yeaayy!!. Yea Cik Ana Banana, kami dah dapat hadiah tu, bila nak turun KL? ;p. Walau pun anniversary lagi 3 minggu, kitaorang tak sangka hadiahnya sampai awal, apa pun syukur la, kalau lambat tak best pulakkan?

Alhamdulillah....Alhamdulillah.....Alhamdulillah......tak cukup rasanya solat sujud syukur untuk menggambarkan betapa bersyukurnya aku pada Allah. Kalau ada bajet nak je rasanya buat kenduri kesyukuran :D.

Dan hari ni, aku masih lagi rasa hebat dan aku gembira sebab pagi-pagi Xura 'tercalled' aku dan dari suaranya aku tahu dia pun rasa hebat :). So, aku harap sesiapa pun pembaca blog ini, anda juga rasa HEBAT seperti kami! :)

p/s: baru je pg blog xura...heheh...tak sangka dia buat entry yang sama, aku baru perasan entry dia sebab kekunun nak link kan dia dalam entry ni. hhmmm...hebat betul, entry pun sama!

Thursday, May 14, 2009

Cuti-cuti Melaka

Bila aku dapat tahu Yana nak kahwin dalam bulan Mei, aku pun plan dengan Hubby nak bercuti-cuti ke Melaka pulak. Dah lama kitaorang berangan nak bercuti kat Melaka ni, especially Bandar Melaka, katanya dah banyak perubahan. Lagi pun last aku berjalan-jalan kat Bandar Hilir tu masa aku sekolah rendah. Di samping tu, boleh la jugak jumpa kawan-kawan kat Melaka, tapi akhirnya Julia je yang aku dapat jumpa, maklum la masa tu cuti panjang, ramai la yang dah ada program memasing.

Seronok berjalan, memborong t-shirt bertemakan Melaka yang cantik-cantik, makan seafood kat Alai dan ber'river cruise' malam harinya. Sehari semalam memang tak cukup! Nanti la, lain kali boleh datang lagi.


Meraikan Yana yang melangsungkan perkahwinannya di Felda Bukit Senggeh, Jasin. Yana ni rakan dalam business, sama-sama agen. Dah macam adik kitaorang je, selalu bermalam kat rumah aku kalau datang KL, tak sangka dah kahwin. Semoga, jodoh kalian berkekalan hingga ke akhir hayat.


Kitaorang bermalam di Emperor Hotel, Jalan Munshi Abdullah. Dapat tingkat 21 dan pemandangan yang menarik. Selain dari kitaorang satu family, Kak Roza dan her husband, Abg Pojie pun join kitorang. Asalnya nak sama-sama ke rumah Yana, tapi bila dengar aku nak makan kat Alai dan ber'river cruise' diaorang pun nak join sekali. Hotel ni dekat sangat dengan Jeti dan untuk ke Alai, dalam 15 min.


Ada meja solek dan kerusi meja untuk menulis atau minum/makan yang pemandangan mengadap Bandar dan Selat Melaka.


Cik kak ni, tak dapat swimming pool, bathtub pun okeh.


Beca-beca yang dihias cantik.


Sayup mata memandang, tak sempat naik , Hubby dan Nurin je yang naik sebab aku jumpa prospek.


Malam tu, kitaorang makan seafood kat Alai, restoran Hj Musa. Ketam dan pepahat ni pilihan Kak Roza.


Ikan kerapu stim pun pilihan Kak Roza.


Sotong goreng tepung dan kupang masak halia.


Kegemaran Hubby, pari bakar.


Tu dia...habis licin! Berbaloi betul makan, semua makanan kat atas, campur air buah-buahan bergelas-gelas lebih kurang RM100 jek, percaya tak?


Masa ni lagi setengah jam pukul 10 mlm, tapi beratur masih panjang, kitaorang dapat naik bot pukul 9.45 dan habis round pukul 10.30. L-R ; Nurin, Hubby, Amer, Nisa, Abg Pojie dan Kak Roza.


Tengah tunggu bot.


Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati...heheh...muka berminyak lepas makan, tambah berpeluh sebab pakai life jacket tu. Kunun-kunun bergambar dgn life jacket, sudahnya aku buka sebab tak tahan panas.

View dari bilik hotel, seluruh Bandar Melaka dan Selat Melaka. Cantik! Tak sangka dapat bilik ini, kitaprang cuma booking untuk non-smoking area je, sekali tu dapat tingkat 21 dan mengadap laut, walau pun jauh tapi cantik betul pemandangannya.


Sebelum naik Menara Taming Sari, aku tak ikut masa ni sebab ada presentation dengan prospek. Walaupun cuti, tapi kalau peluang buat business, sapu je ;)


Suraya yang innocent, asyik la melekat kat mama dia. Ikut aku pun tak nak. Ju tak kasi aku amik gambar dia, so lengan dia je boleh la buat mengubat rindu kawan-kawan.


Sajian lunch di rumah Julia, udang masak sambal, sup ayam dan yang terbaik asam pedas ikan kembung. Fyi, 2 mangkuk asam pedas tu aku yang habiskan! Thanks Ju, sedap sekali!


Cayalah adik ku, masa dinner pun sempat study, esok nak exam...huhuhu.... Masa ni pergi dinner sambutan Hari Ibu kat Tera-Thai, Jalan Mohd Amin, kat JB. Balik dari Melaka, terus ke JB, ada urusan yang perlu diselesaikan.


Cik Ana tengah monitor Nurin baca menu, sambil Uncle Bob sebut dalam dialek Thai...heheh...boleh jadi translator.


Nurin ni, apa yang Uncle Bob buat, semuanya interesting, Uncle buat air pun tenguk penuh minat.

Monday, May 11, 2009

Selamat tinggal

Masanya telah tiba. Kami sekeluarga terpaksa mengucapkan selamat tinggal pada si 'dia'. Selama hampir 4 tahun bersama, susah senang sama-sama kami lalui, banyak dah jasanya kepada kami. Bukan tidak mengenang jasa, cuma kami perlu melangkah satu lagi tapak kehadapan. Doakan kami, agar si 'dia' menemui kebahagiannya bersama orang lain.


..................................................


Update

Masa menghantar si 'dia', langit mendung dan hitam. Tetiba aku rasa sayu, Dah lama tak hujan, langit sentiasa cerah dan terik, hari pula bertukar situasi, macam tau-tau je kami nak berpisah. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar, cuma lewat sikit dari jangkaan. Lega rasanya bila semua dah selesai.


Sibuk menguruskan si 'dia' dan bercuti sampai aku terlupa!
Selamat Hari Ibu
untuk semua ibu, bakal ibu juga ibu saudara pembaca/'penyinggah' blog ini. Aku tahu lambat dah, tapi tak kira, nak ucap juga. Semoga kita sentiasa menjadi ibu-ibu yang terbaik pada anak-anak kita, insyaAllah :)




.

Thursday, May 07, 2009

Lauk-pauk

Hmmm...ada orang sudah berbunyik, nape lama tak update. Memang ada benda yang nak diupdatekan cuma nak kena duduk, mengarang, memikir...aisehhh....makan masa lak. Yang sebenonya tengah melayan fb sekarang ni, tu yang tak terjenguk blog pulak.

So, ini entry ni selingan je, lusa ada benda menarik nak cerita, tunggu ye.


Hari tu aku masak kacang pool, ni upload gambar saje nak tunjuk xura, sibuk tanya resepi, dah buat ke belum? ;p


Begini ye Achik Xura, campurkan kacang pool dengan scramble egg, pastu tabur bawang pastu perahj limau, gaul-gaul, baru la boleh makan dengan roti.


Kacang pool ni memang kegemaran sekeluarga, kalau setin tu, memang cukup-cukup je untuk kitaorang bertiga.


Last weekend mak dengan abah datang, bila tanya nak dinner apa, abah nak western. So, malam tu kita berangan jadi mat saleh la yek. Ni kegemaran abah ni, satu mangkuk ni tak cukup, so 2 mangkuk aku buat.


Chicken chop ni marinate sendiri, guna rempah black pepper instant, tapi aku perap sekali dengan daun rosemary (tu yang seronok bila Jusco belakang rumah...semuaaaa ada ;p)..sedap wehh...try le. Tak pun buat sendiri, garam+black pepper+rosemary+minyak zaitun.


Kambing pun perap sendiri dan first time buat whipped potato yang ikut kiranya mengikut standard. Selalu dah buat, tapi mak kata kali ni yang paling sedap...hehehe....Alhamdulillah.


Hohoho....ada orang sudah syok makan, sampai tak ingat anak sudah lari keluar pintu depan. Nampak tak Afiq kat pintu tuh...hehehe...lepas tu apa lagi abah dia, menjerit la satu rumah.


Korang pernah makan tak dalam dulang? aku kalau nak makan macam ni, kena balik Batu Pahat baru jumpa. Sedap wooo...nasi briyani kambing.


Cakap banyak pun tak guna, tenguk dulang pun dah tahu kan, sedap ke tak sedap....hehehhe :p

Monday, April 20, 2009

Taman Botani

Buat Julia yang dikasihi....chiss...kawan aku sorang nih, tak menyabo nak suruh aku update blog je kejenye... Ju, lain kali datang sini singgah tempat nih eh??


Hujang minggu lepas, aku keje sebenonya, tapi badan rasa tak sihat dan batuk-batuk, jadi amik le time off sendiri. 2 hari dok rumah je, Nurin dan Hubby pun naik boring .aku nak boring mende, byk tul keje umah nak buat ; basuh baju, sidai baju, gosok baju, masak...aargghhh.... Hubby ajak jalan, aku kata boleh dengan syarat takmo kat shopping complex, maklum la environmentalist. padahal sebenornya tak mengabihkan duit kat toke-toke shopping complex tu...huhuhu.... So, Hubby ajak pergi Putrajaya. Memula nak pegi lepak kat dataran masjid, tapi punya la ramai umat...isskk...nak parking pun susah. Aku contacted Nad, dia suggest pegi le Taman Botani. Seingat aku, aku pegi sana nak pegi makan je...hhmm.... ok la, bole check out apa yang ada kat sana.

Aku masuk Taman Botani terus masuk ke kawasan Moroccon Pavillion...waahhh...cantik betul tempat tu. Bangunan yang cantik, ukiran yang indah dan taman yang menarik dengan bunga-bunga yang berwarna warni...iishh...ishh....aku tak sangka ada taman yang cantik kat dalam Taman Botani nih.


Pintu gerbang ni, siap ada ukiran ayat Al-Quran.


Informasi ni ditampal kat pintu gerbang tu.


Selepas melalui pintu gerbang, korang akan jumpa kolam ni, cantikkan? Petang semalam cuaca redup selepas hujan, jadi jalan-jalan kat situ memang best


Geram dengan bunga yang warna warni dan taman yang menghijau, aku dengan Nurin cecepat ambik gambar, takut kena halau...mana la tahu takleh pijak rumput, tapi takde plak sign kata takleh pijak rumput.


Dating bawah pokok kelapa...nasib baik pokok kelapa jauh, sia-sia jek dating kat situ kalau kena buah kelapa yang jatuh. Belakang tu ada tasik, macam-macam aktiviti kat tasik tu salah satunya belajar macam mana nak bawak bot kecik.


Bila nampak pokok buluh ni, Nurin tanya pokok ni untuk makanan panda kan? Aku suruh dia tenguk-tenguk kalau ada panda kat situ...hehehe...


Nampak tak sarang burung kat puncak pokok tu?





Area ni wangi sangat, aku dah rasa mcm seram-seram jek, rupa-rupanya ada pokok bunga melur kat sebelah tu.


Sori Pn Burung. In order nak amik gambar sarang burung ni, pn burung terbang keluar dari sarangnya. sarang ni kat pokok buluh yang ditanam didalam pasu sebelah restoran seafood...hmm...tempat lalu lalang orang sebenarnya, tu yang surprised mcm mana la dia bole buat sarang kat situ.


Kitaorang sampai dah pukul 6 lebih, sekejab je jalan dah nak maghrib. Tapi Hubby dah janji nak datang lagi , next time awal sket, jalan boleh round habis satu taman. Sebelum balik rumah, kitaorang singgah makan dan solat sebab Nurin dah lapo sangat.

Semalam punya paper ada citer pasal makanan dari Johor, ntah mengidam apa agaknya Hubby ajak makan kat Presint 9, kat situ ada byk makanan Johor termasuk la Briayani Gam dan Sup Tulang Merah. Hubby makan Mee Rebus dan otak-otak, aku makan Soto. Nurin cuma makan pita kebab dan pau makanan aku dan babah dia.

Jom kawan-kawan jalan-jalan kat Taman Botani, best tau, bole jogging, sewa basikal atau duduk-duduk baca buku atau paper pun best.



.

Friday, April 03, 2009

I feel good!

- Pusat Darah Negara
- kali ke 3 sejak tahun lepas, kali pertama bulan Feb 2008, pastu Jan 2009 and today, insyaAllah akan jadi rutin setiap 3 bulan sekali melainkan kalau pregnant :)
- 450ml setiap kali dan masa yang diambil lebih kurang 15 min to 30 mins bergantung kepada salur darah, kecairan darah etc.


Jom derma darah, kita tak tahu bila kita akan memerlukannya. Kakitangan Pusat Darah tu semuanya sangat profesional, kita akan dilayan dengan baik dan yang penting tak sakit. Kerusi sandarnya sungguh selesa, ada penghawa dingin dan juga tv. Jom kawan-kawan!